Pemergian Ozzy Osbourne, Dunia Muzik Kehilangan Ikon Heavy Metal
- Ain Najihah
- 3 days ago
- 1 min read

Dunia muzik kehilangan seorang ikon apabila Ozzy Osbourne, penyanyi legenda dan pengasas kumpulan heavy metal terkenal Black Sabbath, disahkan telah meninggal dunia pada usia 76 tahun.
Ozzy Osbourne atau nama sebenar John Michael Osbourne, figura berpengaruh ini memulakan perjalanan karier dalam dunia muzik sejak usia muda dan menunjukkan bakat yang luar biasa sebagai vokalis.
Pada tahun 1968, Ozzy Osbourne bersama Geezer Butler, Tony Iommi dan Bill Ward memulakan kerjasama muzik yang akhirnya membawa kepada penubuhan kumpulan Black Sabbath pada tahun berikutnya. Kumpulan ini kemudian merevolusikan genre heavy metal dengan lagu-lagu ikonik seperti 'War Pigs', 'Iron Man' dan 'Paranoid'.
Kejayaan Black Sabbath menjadi batu loncatan buat Ozzy meneruskan kerjaya solo yang cemerlang pada penghujung tahun 1970-an.
Ozzy yang memiliki gaya persembahan unik serta vokal lantang, terus mencipta nama sebagai artis solo berpengaruh dalam industri muzik global.
Pemergian Ozzy Osbourne merupakan satu kehilangan besar buat dunia hiburan. Sumbangannya dalam dunia muzik akan terus dikenang dan dihargai oleh peminat di seluruh dunia.
Comments