Park Hyung Sik Jadi Anak Cha Seung Won Dalam Filem Aksi Komedi Baharu
- Tasnim Ahmad
- Feb 26
- 2 min read
Park Hyung Sik bakal kembali beruniform. Kali ini sebagai anggota Marin dalam filem terbaharu berjudul Family Force. Lebih menarik, dia akan memegang watak sebagai anak kepada pelakon senior, Cha Seung Won. Eh, ayah-anak dalam satu filem? Ini memang kombinasi yang buat peminat K-drama dan K-movie tak sabar nak tunggu.
Menurut laporan media Korea, Park Hyung Sik sudah mengesahkan penyertaannya dalam filem bergenre komedi aksi itu. Family Force mengisahkan tiga generasi lelaki. Datuk, ayah dan anak yang semuanya berkhidmat dalam Kor Marin. Jalan cerita jadi makin tegang apabila mereka terperangkap dalam satu insiden keganasan yang tak dijangka.
Konsep tiga generasi dalam latar tentera ni nampak serius, tapi sebab ada elemen komedi aksi, kita boleh jangka akan ada momen lucu campur mendebarkan. Gabungan drama keluarga dan aksi ketenteraan memang formula yang selalu jadi perhatian penonton.
Yang lagi buat peminat throwback sikit, Park Hyung Sik pernah digelar “Baby Soldier” masa muncul dalam rancangan bersiri Real Men. Waktu itu, ramai puji aura dia bila pakai uniform. Jadi, bila dia kembali pegang watak anggota Marin dalam dunia fiksyen, mestilah ramai yang rasa nostalgic.

Dalam Family Force, dia akan berlakon sebagai anak kepada Cha Seung Won. Kalau korang ingat, mereka pernah muncul bersama dalam rancangan Three Meals a Day: Fishing Village Season 2. Chemistry mereka masa tu memang nampak natural. Tapi ini kali pertama mereka digandingkan dalam projek filem atau drama secara rasmi. Confirm peminat dah mula bayang dinamika ayah-anak versi mereka.
Bercakap tentang perjalanan kerjaya, Park Hyung Sik bukan nama baru dalam industri hiburan Korea. Dia bermula sebagai ahli kumpulan ZE:A pada tahun 2010 sebelum serius dalam lakonan sekitar 2012 menerusi drama Dummy Mom. Lepas tu, satu demi satu drama popular dia sapu antaranya The Heirs, High Society, Strong Woman Do Bong Soon dan Happiness.
Dengan reputasi lakonan yang semakin matang dan gandingan bersama pelakon berpengalaman seperti Cha Seung Won, Family Force nampaknya ada potensi besar untuk jadi antara filem Korea yang dinantikan.
Kalau tengok trend sekarang, filem aksi komedi dengan elemen kekeluargaan memang digemari oleh penonton Malaysia. Jadi soalan paling penting, korang team Park Hyung Sik atau team Cha Seung Won dalam filem ni nanti?















Comments