Papa Zola The Movie Raih Kutipan Lebih RM10 Juta, Animasi Tempatan Makin Berjaya!
- N

- 11 hours ago
- 1 min read
Filem animasi tempatan Papa Zola The Movie terbitan MONSTA Studio & Astro Shaw kini sedang panas di pawagam! Dalam masa beberapa hari tayangan sejak 11 Disember, filem ini berjaya meraih kutipan melebihi RM10 juta.

Fenomena ini bukan sekadar angka, Papa Zola berjaya menggabungkan kisah hidup realiti, tekanan & pengorbanan, dengan aksi & visual animasi yang power. Kanak-kanak terhibur, dewasa terkesan, dan semua nak share pengalaman di media sosial.
Nizam Abd Razak, Pengarah & Penulis filem, berkata:
“Terima kasih semua! Reaksi penonton menunjukkan Papa Zola bukan sekadar hiburan, tapi cerita kita, dekat dengan kehidupan sebenar.”
Sementara itu, Raja Jastina Raja Arshad, Penerbit Eksekutif, menambah:
“Melihat penonton tersentuh dan share pengalaman mereka memang satu penghargaan besar. Cuti sekolah ni, bawalah keluarga tonton bersama!”
Selain tayangan di Malaysia, Singapura & Brunei, filem ini bakal melangkah ke Indonesia, India, Vietnam & Timur Tengah (Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Turki) pada awal 2026.
Animasi tempatan makin matang, berani & memang layak dipuji! Jangan lepaskan peluang, jom ke pawagam!













Comments