“P Ramlee Saloma” Nyanyian ALPHA, Jadi OST Drama Baharu Thariq Ridzuwan: His Treasure!
- Ain Najihah
- 4 hours ago
- 1 min read
Kumpulan muzik tempatan, ALPHA, kembali menghangatkan industri muzik dengan single terbaharu berjudul “P Ramlee Saloma” iaitu sebuah karya yang kini menjadi lagu tema rasmi (OST) untuk drama baharu Thariq Ridzuwan: His Treasure.
“P Ramlee Saloma” dilancarkan secara rasmi hari ini bersama visualizer khas, lagu ini telah mencuri perhatian ramai apabila berjaya meraih lebih 12,000 tontonan dalam tempoh yang singkat.
Kejayaan ini sekali gus membuktikan bahawa sentuhan segar ALPHA terus mendapat tempat di hati para peminat muzik tempatan.
Gabungan elemen nostalgia dan melodi yang menyentuh perasaan, “P Ramlee Saloma” bukan sekadar sebuah lagu biasa tetapi ia menjadi pelengkap sempurna kepada jalan cerita romantik dan penuh emosi dalam drama lakonan Meerqeen dan Qasrina Karim.
Buat peminat setia ALPHA, anda boleh strim lagu ini di semua platform digital sekarang. Jangan lepaskan peluang untuk merasai keindahan suara kumpulan sensasi ini!
Kommentare