OST Bukan Sekadar Lafaz 2, Fian Ali Sentuh Hati dengan Lagu Setia
- Ain Najihah
- May 7
- 1 min read

Penyanyi muda yang semakin mencuri perhatian industri muzik tempatan, Fian Ali, kini tampil dengan buah tangan terbaharunya berjudul Setia. Lagu beremosi ini merupakan ciptaan pemenang Anugerah Juara Lagu ke-38, Amir Jahari dengan lirik ditulis bersama oleh penulis tersohor, Datuk Ayu Puteh.
Menariknya, Setia hadir dalam dua versi berbeza iaitu versi perlahan yang sarat dengan emosi dan versi rancak yang membawa interpretasi lebih bertenaga. Pendekatan ini memberikan pengalaman unik kepada pendengar, seolah-olah menyaksikan dua sisi berbeza bagi satu kisah cinta yang sama.
Lagu ini turut dipilih sebagai runut bunyi (OST) untuk drama bersiri popular TV3, Bukan Sekadar Lafaz 2, sekali gus memperkukuhkan lagi kehadiran Setia dalam arus perdana hiburan. Dengan melodinya yang kuat dan lirik yang menyentuh hati, Setia dijangka meninggalkan impak dalam kalangan peminat muzik tempatan.
Sebagai bakat baharu yang sedang melonjak naik, Fian Ali terus membina portfolio muzik yang kukuh. Pelancaran lagu Setia dianggap satu langkah strategik dalam memperluaskan kariernya sebagai penyanyi versatil.
Kini, lagu Setia boleh didengari di semua platform penstriman digital termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music.
Comments