top of page

Oktober Yang Penuh Konsert! Jackson Wang, Luhan, VIVIZ & Candy Lo Bakal Gegar Malaysia

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 5 minutes ago
  • 2 min read

Oktober ni memang bulan yang tak bagi dompet kita rehat langsung. Dari K-pop sampai rock klasik Hong Kong, fans muzik Malaysia boleh bersiap untuk hujung minggu paling havoc tahun ni. Bayangkan dalam satu bulan je, kita ada Jackson Wang, Luhan, The Boyz, VIVIZ, dan Candy Lo turun pentas kat Malaysia. Yang paling epic? 25 Oktober literally jadi “Super Saturday” sebab tiga konsert besar clash hari yang sama.


Jackson Wang: Magic Man 2 World Tour Live in KL


ree

📍 Axiata Arena, Bukit Jalil | 📅 25 Oktober 2025

King of stage performance ni akhirnya kembali ke KL! Jackson bawakan siri jelajah global Magic Man 2, dan kali ni production dia confirm lagi gila dari tour sebelum ni. Tiket bermula RM498 tapi pakej VIP “MAGIC 1” (RM2,028) bagi kau peluang masuk soundcheck dan dapat merch eksklusif. Berdasarkan tour stop lain, expect vibe yang cinematic, penuh visual misteri dan choreography yang flawless sebab Jackson memang perfectionist bila di atas pentas.


Candy Lo: Timeline II


ree

📍 Arena of Stars, Resorts World Genting | 📅 25 Oktober 2025

Sementara ramai turun ke KL untuk Jackson, geng Cantonese rock pula naik Genting! Candy Lo kembali dengan Timeline II, konsert yang kononnya dibahagikan kepada tujuh babak. Setiap satunya mewakili fasa kehidupan dan emosi dia. Dari balada legend sampai lagu power rock yang pernah trending dulu, Candy janji nak bawakan malam penuh nostalgia dan healing. Tiket antara RM288 – RM668, jadi kalau nak mood chill dengan udara sejuk Genting, ni konsert pilihan.


VIVIZ: New Legacy World Tour


ree

📍 Idea Live Arena, Petaling Jaya | 📅 25 Oktober 2025

Tiga bekas ahli GFRIEND ni masih kuat dengan pesona girl crush mereka. New Legacy World Tour ni tour pertama mereka ke Malaysia lepas lama tak datang, dan fans GFriend confirm tak sabar nak dengar lagu hit lama dalam versi baru. Tiket bermula dari RM337 je, murah kalau nak dibanding dengan line-up lain bulan ni. Dengan setlist gabung era GFriend dan era solo VIVIZ, malam ni dijamin jadi terapi untuk OG Buddy.


Luhan: Season 4 Asia Tour


ree

📍 Mega Star Arena, Kuala Lumpur | 📅 11 Oktober 2025

Bekas ahli EXO ni datang dengan energy mellow dan aesthetic minimalis yang jadi signature dia. Tour kali ni fokus pada vibe introspektif. Banyak lagu daripada album terbaru yang bernada lebih matang. Pentas tak se-grand Jackson, tapi peminat Luhan tahu: dia selalu bagi performance intimate dan vokal live yang solid. Harga tiket bermula RM558, dan ramai fans Cina tempatan dah standby beli seawal September lagi.


Comments


bottom of page