top of page

Nike Dunk Low "Tokyo" Bakal Mendarat di Jepun 29 April Ini!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 9 hours ago
  • 1 min read


Buat peminat sneakers, berita baik untuk anda! Nike Dunk Low "Tokyo" akan dilancarkan secara eksklusif di Jepun pada 29 April ini. Setakat ini, kasut ini dijangka akan dijual di atmos.


Sempena ulang tahun ke-40 model Nike Dunk, siri edisi khas Jepun ini akan mencipta satu lagi sejarah. Hirofumi Kojima, Pengarah Kreatif atmos, sudah pun memberi ‘sneak peek’ tentang Nike Dunk Low QS "Tokyo" yang bakal dilancarkan pada tahun 2025.



Kalau dilihat dari warnanya, edisi terbaru ini jelas mengambil inspirasi daripada model lagenda Nike SB Dunk Low "Tokyo" yang keluar pada tahun 2004. Tapi, ada kelainan yang ketara! Edisi 2025 ini tampil lebih eksklusif dengan penggunaan bahan premium seperti Swoosh berbulu kuda dan tumit kulit burung unta. Bahagian kolar dan belakang pula menggunakan kanvas, sama seperti model klasik 2004 dulu.



Kojima juga memberitahu bahawa kasut ini akan dikeluarkan sebagai "quickstrike" yang bermaksud ia mungkin akan dijual dalam jumlah yang sangat terhad dan secara mengejut. Jadi, buat peminat Nike anda kena betul-betul pantas! Ingat, kasut ini hanya boleh didapati di Jepun.


Sementara itu, jangan lupa nantikan juga kemunculan Nike Dunk Low "Red Panda" yang dijangka meletup musim luruh 2025!


Comments


bottom of page