Nelydia Senrose Kembali Dengan Watak Emosi Dalam Drama “Seindah Hujan Cinta”
- Nurul Safiah
- Jul 21
- 1 min read

Pelakon popular Nelydia Senrose bakal kembali dalam dunia lakonan menerusi drama baharu berjudul Seindah Hujan Cinta, sebuah karya emosional yang bakal menemui penonton secara eksklusif di platform penstriman Tonton mulai 21 Julai 2025.
Membawakan watak sebagai Zarita, seorang pempengaruh terkenal yang berdepan dilema rumah tangga, drama ini mengisahkan pengorbanan seorang isteri yang sanggup merelakan suaminya berkahwin lain demi zuriat yang diimpikan.
Namun, keputusan itu akhirnya mengundang penyesalan apabila api cemburu mula menyelinap ke dalam hubungan mereka.

Di bawah arahan pengarah prolifik, Nizam Zakaria, drama bersiri 28 episod ini bukan sekadar drama cinta biasa, Seindah Hujan Cinta mengetengahkan isu kerjaya versus keluarga, emosi wanita moden, dan konflik batin seorang suami.
Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Yusuf Bahrin, Ezzanie Jasny, Hariz Hamdan, Fadilah Mansor, Zulkifli Ismail dan Normah Damanhuri.

Gabungan pelakon berpengalaman dan naratif yang menyentuh hati menjanjikan penceritaan penuh konflik dan emosi.
Jangan lepaskan tayangan perdana Seindah Hujan Cinta mulai 21 Julai 2025, hanya di Tonton!

Comentários