top of page

NCT DREAM Gegarkan Peminat Dengan MV “Back To The Future”

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 22 hours ago
  • 1 min read

Kumpulan K-pop popular, NCT DREAM, kembali dengan penuh gaya menerusi pelancaran video muzik (MV) terbaharu mereka berjudul “Back To The Future (BTTF)” yang dilancarkan pada 8 Julai lalu.

 

Dalam tempoh hanya beberapa hari, MV tersebut telah berjaya meraih lebih 2 juta tontonan di YouTube, membuktikan kekuatan dan kesetiaan peminat di seluruh dunia.

 

Lagu ini merupakan sebahagian daripada kempen “Go Back To The Future”, yang dijadualkan untuk pelancaran penuh pada 14 Julai 2025, jam 6 petang (KST).

 

Menerusi teaser dan kempen promosi yang penuh misteri serta estetik futuristik, peminat telah lama menantikan kemunculan karya baharu ini.

 

Dengan sentuhan visual sinematik dan gaya retro futuristik, MV “Back To The Future” menyajikan konsep perjalanan masa yang segar, disulami dengan koreografi mantap dan elemen naratif yang dramatik.

 

Jangan lupa dengarkan “Back To The Future” yang kini boleh ditonton di saluran rasmi YouTube SMTown.



Comments


bottom of page