Nadia Rosli Kembali Dengan “Aduh Gak Kuat”, Lebih Ceria & Playful
- Tasnim Ahmad
- 8 hours ago
- 2 min read
Kalau korang tengah cari lagu baru yang ringan, catchy dan senang melekat, “Aduh Gak Kuat” Nadia Rosli mungkin patut masuk playlist. Kali ini, Nadia tampil dengan vibe lebih ceria menerusi kolaborasi bersama penyanyi Indonesia, Ucie Sucita dan hasilnya memang lain macam.

Lagu ni bukan sekadar pop biasa. Ia gabungkan elemen hipdut (hip hop dan dangdut) yang tengah trending sekarang. Beat dia rancak, lirik pula santai, memang jenis lagu yang senang jadi siulan.
Apa yang menarik, “Aduh Gak Kuat” ditulis oleh beberapa nama yang dah ada track record dalam lagu-lagu viral Indonesia. Jadi tak hairanlah kenapa struktur lagu ni rasa familiar tapi tetap fresh.
Dari segi jalan cerita, lagu ni berkisar tentang love confession apabila seseorang dah terlalu suka sampai tak mampu simpan perasaan lagi. Tapi cara dia deliver tu bukanlah berat atau jiwang cliché. Sebaliknya, ada elemen humor dan flirting yang buat kita senyum sendiri.
Antara lirik yang mencuri perhatian? “Gunting, batu, kertas dulu, kalau aku menang, kita ke penghulu.” Simple, kelakar, tapi kena.
Menurut Nadia Rosli sendiri, kekuatan utama lagu ini terletak pada susunan beat yang berpotensi besar untuk jadi trend di media sosial, especially TikTok. Kalau kena gaya, memang boleh nampak orang buat dance challenge atau “velocity trend” guna lagu ni.
Dalam masa yang sama, Nadia juga selitkan mesej yang relatable iaitu tentang pentingnya berani luahkan perasaan. Bukan soal kena reject atau tak, tapi lebih kepada jujur dengan diri sendiri. Deep sikit, tapi masih dalam vibe santai.
Menariknya, untuk bagi feel lagu ni lebih hidup, Nadia bayangkan momen-momen gembira dalam hidup dia masa rakaman. Sebab tu energy lagu ni memang rasa fun dan positif dari awal sampai habis.
Kalau tengok perjalanan karier dia, jelas Nadia sekarang makin berani explore genre. Hipdut mungkin bukan zon selesa semua orang, tapi untuk dia, ini antara cara untuk kekal relevan dalam industri muzik yang sentiasa berubah.

Akhir kata, “Aduh Gak Kuat” bukan sekadar lagu cinta biasa. Ia ada elemen hiburan, emosi dan potensi viral, cukup pakej untuk tarik perhatian pendengar hari ini. Lagu ni pun dah available di semua platform penstriman, jadi bolehlah korang nilai sendiri.



Comments