top of page

Krisis Genesis: Teaser Projek Besar Nadhir Nasar

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 2 days ago
  • 1 min read
ree

Pelakon sensasi Nadhir Nasar tiba-tiba drop filem pendek bertajuk Krisis Genesis di YouTube DreamKid Visual, berdurasi hanya 4 minit 57 saat, cukup singkat tapi padat untuk bikin peminat tertanya-tanya.


Bukan sekadar short film random, projek ini jelas sebuah pembukaan. Di penghujung video, terpampang ayat “Coming to you this October”, sekaligus mengesahkan ia hanyalah teaser kepada sesuatu yang lebih besar bakal hadir tidak lama lagi.


Walau singkat, Krisis Genesis berjaya deliver mood berat dengan sinematografi suram, ekspresi intense, dan vibe seakan dunia di ambang kehancuran. Setiap frame macam ditulis untuk meninggalkan tanda tanya; siapa sebenarnya yang dalam krisis, dan genesis apa yang dimaksudkan?


Nadhir gunakan kekuatan ekspresi berbanding dialog panjang. Hasilnya, penonton dipaksa membaca emosi melalui wajah, gerak tubuh, dan simbol-simbol yang muncul. Ini buat filem pendek ini terasa macam trailer berseni lebih daripada naratif konvensional.


Ayat “Coming to you this October” adalah punchline utama. Ia bukan sekadar teaser, tapi satu strategi hype untuk tarik penonton bersedia. Adakah Krisis Genesis akan jadi filem penuh? Siri pendek? Atau projek visual eksperimental? Itu masih jadi tanda tanya.


Pendek, misteri, dan penuh simbol, Krisis Genesis berjaya buat apa yang teaser patut buat; buat penonton curious dan tak sabar tunggu next move Nadhir Nasar Oktober nanti.


Kalau teaser dah sehebat begini, projek penuhnya pasti akan lagi gila.



Comments


bottom of page