Nadhir bawa watak ‘Red Flag’ dalam drama terbaru Rumah Tanpa Luka
- Atiqah Halim
- 2 days ago
- 1 min read
Updated: 1 day ago
Drama terbaru Rumah Tanpa Luka terbitan Suhan Movies & BamBam Studios kini menghiasi slot Astro Ria, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Drama arahan Nur Ain Sharif ini sarat emosi dengan tema kekeluargaan, tanggungjawab dan penerimaan terhadap anak istimewa.

Yang menarik, drama ini menampilkan dua karakter lelaki yang kontras personaliti; Shukri Yahya yang membawa watak Quizi si “Green Flag” idaman ramai, manakala Nadhir Nasar pula hadir sebagai Hayden Hayyan, “Red Flag” yang buat jiwa penonton resah gelisah.
Menurut Shukri, mekanik ‘humble’ yang memiliki lima bengkel kereta ini memang lain dari tipikal drama Melayu. “Quizi ni lelaki setia, down to earth, tak pandai mengorat, tapi dialah lelaki impian semua,” jelas Shukri.
Berbeza dengan Nadhir yang akui wataknya sering dilabel “red flag”. “Hayden Hayyan ni sebenarnya anak mak yang penuh tanggungjawab. Cabaran utama saya ialah nak kawal emosi dia yang seperti roller coaster setiap episod,” katanya.
Selain konflik dua lelaki ini, penonton pasti tersentuh dengan lakonan Naura Arissa sebagai Rose Ameena, kanak-kanak Down Syndrome yang dibuang keluarga sendiri. Kehadirannya menjadi nadi utama drama ini, dibantu gandingan Erysha Emyra sebagai Kalsum.

Drama ini bukan sekadar hiburan, tapi mengetengahkan isu realiti masyarakat dari diskriminasi terhadap anak istimewa hingga tanggungjawab anak sulung dalam keluarga.
Rumah Tanpa Luka juga boleh distrim di platform Astro Go dan Sooka.
Comments