top of page

Hello Universe Umum Tarikh Kedua Konsert My Chemical Romance di Malaysia!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • Jul 23
  • 1 min read
ree

Malaysia, korang memang power! Selepas sambutan luar biasa untuk konsert pertama mereka yang telah sold out, Hello Universe kini mengumumkan tarikh kedua untuk konsert My Chemical Romance di Malaysia pada 1 Mei 2026!


Berita gembira ini telah disahkan secara rasmi oleh penganjur Hello Universe dan pastinya akan menggembirakan para peminat tegar MCR di seluruh negara.



Malaysia kini menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang diberikan dua malam istimewa dalam siri jelajah “My Chemical Romance South East Asia Tour 2026”.


Konsert ini dijangka akan menjadi antara malam paling epik dalam sejarah dan anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripadanya.


Tiket untuk hari kedua akan mula dijual pada Jumaat, 1 Ogos 2025, jam 10 pagi menerusi laman web rasmi GoLive Asia .


Maklumat lanjut mengenai konsert ini akan dikongsi dari semasa ke semasa. Bagi mereka yang terlepas untuk membeli tiket bagi tarikh pertama, inilah peluang terakhir korang untuk merasai sendiri kehebatan persembahan My Chemical Romance secara langsung!

Kommentare


bottom of page