top of page

MV ‘MWA!’ Dolla Trending #3 di YouTube

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • May 13
  • 1 min read

Muzik video terbaharu kumpulan Dolla berjudul MWA! kini trending di tangga ketiga bagi kategori muzik di YouTube!

 

Selepas hampir setahun tanpa sebarang lagu baharu, kumpulan gadis popular tanah air, Dolla, akhirnya kembali dengan single terkini mereka berjudul MWA! yang menampilkan bunyi segar dan eksperimental.

 

Dihasilkan oleh Chelsea Warner, GASTON, Roland Lim Shi Jie serta tiga ahli Dolla sendiri Tabby, Sabronzo dan Angel lagu ini menjadi penanda permulaan kepada era baharu kumpulan tersebut, dengan pendekatan muzik yang lebih mencabar dan menyeronokkan.

 


Video muzik rasmi MWA! berdurasi dua minit 20 saat dan diarahkan oleh Jasmine Wong, menawarkan konsep naratif yang penuh aksi dan ilusi.

 

Tabby menyifatkan MWA! sebagai permulaan kepada lebih banyak karya baharu dari Dolla sepanjang tahun ini.

“Kami anggap tahun ini sebagai ‘tahun lagu-lagu Dolla’ kerana banyak lagi lagu akan dikeluarkan. Kami tak sabar untuk membawanya ke pentas dan berharap ia akan menarik lebih ramai pendengar kerana lagu-lagu kali ini sangat segar dan berbeza,” katanya.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan muzik video MWA! yang kini trending di YouTube dengan visual yang berkualiti tinggi ia pasti akan memukau anda dari awal hingga akhir!

 


 

댓글


bottom of page