Muzik Tanpa Sempadan, AIM24 Perkenal Tiga Anugerah Baharu
- Ain Najihah
- 2 days ago
- 1 min read
Selepas sekian lama menyepi, Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) kini membuat kemunculan semula yang dinanti-nantikan dengan membawa pembaharuan menarik dalam dunia muzik tempatan.
Pada tahun ini, AIM24 tampil dengan tiga kategori anugerah baharu yang memberi pengiktirafan lebih meluas kepada bakat seni tanah air dan kerjasama antarabangsa.
Antara kategori baharu yang akan diperkenalkan ialah Lagu Perpaduan Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik dan Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis / Komposer Luar Negara Terbaik.
Kemunculan semula AIM24 pastinya dinantikan oleh peminat muzik dan para penggiat seni. Ia bukan sekadar anugerah, tetapi juga satu platform penting yang mengiktiraf usaha dan bakat luar biasa anak seni negara.
Anda boleh menonton AIM24 di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 13 September 2025.
コメント