top of page

“Muhammad Jarir Umar” Jadi Nama Pilihan, Fattah Amin Sambut Kelahiran Putera Sulung

  • Writer: N
    N
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Pelakon dan penyanyi terkenal, Fattah Amin, berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Amira Othman, selamat melahirkan cahaya mata mereka pada petang semalam.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Fattah memaklumkan bayi lelaki mereka diberi nama Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Dalam kapsyen yang dimuat naik, beliau meluahkan rasa syukur atas kelahiran putera sulung mereka serta mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan keluarga mereka.

“Alhamdulillah, isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan bayi kami jam 6.20 petang semalam. Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati Mommy & Daddy,” tulisnya.

Hantaran tersebut turut memaparkan momen menyentuh hati apabila Fattah mendukung bayi mereka sambil menikmati pemandangan latar bandar Kuala Lumpur dari sebuah bilik hospital.

Ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat yang turut berkongsi kegembiraan atas kelahiran bayi tersebut.


Tahniah diucapkan kepada Fattah Amin dan Nadia Amira atas kehadiran cahaya mata pertama mereka. Semoga Muhammad Jarir Umar membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan membahagiakan kedua ibu bapanya.

Comments


bottom of page