top of page

MONSTA X KEMBALI KE MALAYSIA, KONSERT ‘THE X NEXUS’ DISAHKAN MAC 2026

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • Jan 13
  • 1 min read

Kuala Lumpur bakal jadi medan kebangkitan semula jeritan Monbebe apabila MONSTA X secara rasmi mengumumkan konsert di Malaysia menerusi jelajah dunia terbaharu mereka, The X Nexus.


Selepas kali terakhir menjejakkan kaki ke Malaysia pada 2019, kumpulan K-pop popular ini akhirnya kembali bertemu peminat tempatan dengan persembahan yang dijangka penuh tenaga, emosi dan skala produksi yang lebih besar.


Konsert MONSTA X The X Nexus di Malaysia dijadualkan berlangsung pada 28 Mac 2026 bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Malaysia menjadi salah satu destinasi penting dalam siri jelajah dunia ini, sekali gus membuktikan sokongan padu peminat tempatan yang tidak pernah surut.


Penganjuran konsert ini dikendalikan oleh MXE Entertainment dengan kerjasama T-Rex Studio. Setakat ini, maklumat lanjut berkaitan harga tiket, kategori tempat duduk dan tarikh jualan masih belum diumumkan, namun pengumuman tersebut dijangka akan dibuat dalam masa terdekat.


Dikenali dengan persembahan bertenaga tinggi, koreografi padu serta lagu-lagu hit seperti Love Killa, Shoot Out dan Hero, MONSTA X sememangnya antara kumpulan yang sering mencetuskan fenomena setiap kali naik ke pentas. Kepulangan mereka ke Malaysia selepas beberapa tahun pastinya menjadi detik yang dinanti-nantikan oleh Monbebe.


Buat peminat K-pop tempatan, ini bukan sekadar konsert biasa, tetapi momen reunion yang lama ditunggu. Bersedia untuk malam penuh hype, jeritan dan memori yang bakal tercipta bersama MONSTA X di Kuala Lumpur.

 
 
 

Comments


bottom of page