top of page

MONSTA X Kembali Dengan Album US ‘Unfold’ Selepas 4 Tahun

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 4 days ago
  • 1 min read

Kalau korang peminat K-pop, especially MONSTA X, ini berita yang memang patut masuk radar. Selepas lebih empat tahun, kumpulan ini akhirnya kembali dengan album US terbaru ‘Unfold’, yang dijadualkan release pada 3 April nanti.

Yes, lama gila kita tunggu. Kali terakhir mereka keluarkan album penuh untuk pasaran Amerika Syarikat adalah menerusi The Dreaming pada Disember 2021. Jadi kali ini, memang ramai expect something bigger dan nampaknya MONSTA X tak main-main.


Album ‘Unfold’ akan memuatkan 10 lagu, termasuk dua lagu pra-keluaran iaitu Growing Pains dan Baby Blue. Selain tu, antara track lain yang dah confirm termasuk Heal, This!, Before You Met Me, Glass Half Empty dan Main Attraction. Dari tajuk pun dah boleh agak vibe dia campur emosi, refleksi dan mungkin sedikit ‘healing era’?


Untuk yang mungkin baru nak kenal, MONSTA X debut sejak 2015 dan dah lama kukuhkan nama mereka di peringkat global. Malah, album Inggeris pertama mereka All About Luv pernah tembus Top 5 Billboard 200. Ianya satu pencapaian yang bukan calang-calang untuk artis K-pop.


Dalam masa yang sama, mereka juga tengah sibuk dengan world tour terbaru, “The X: Nexus”, yang bermula di Seoul awal tahun ini. Sekarang, mereka sedang meneruskan tour di sekitar Asia. Jadi tak mustahil hype untuk album ‘Unfold’ ni akan lagi meletup bila digabungkan dengan momentum tour.


Buat peminat di Malaysia, ini mungkin masa terbaik untuk catch up balik dengan lagu-lagu MONSTA X sebelum album baru drop. Mana tahu, lepas ni ada rezeki mereka singgah sini pula kan?

Comments


bottom of page