top of page

MONSTA & Astro Shaw Umum Filem Terbaru: Papa Zola The Movie Teaser Cecah 2 Juta Tontonan Dalam 24 Jam!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • May 2
  • 1 min read


MONSTA, studio animasi terkenal dengan kerjasama Astro Shaw, mengumumkan pelancaran teaser rasmi bagi filem animasi terbaharu mereka, Papa Zola The Movie!

 

Filem ini bakal menjadi francais keempat dalam senarai animasi keluaran MONSTA dan mencatat kejayaan awal apabila teaser tersebut mencecah lebih dua juta tontonan di pelbagai platform digital dalam masa kurang 24 jam.

 

Watak Papa Zola, yang popular dengan tagline “Kebenaran!”, telah lama mencuri perhatian peminat dari Malaysia hingga ke Indonesia menerusi gaya jenakanya yang unik serta kemunculan dalam meme tular, video nasihat kekeluargaan, dan sketsa lucu.

 

Sehingga kini, kandungan berkaitan Papa Zola telah mencatat lebih 3 bilion tontonan di media sosial.

 



Dengan tajuk rasmi Papa Zola The Movie, filem ini bakal membawa watak ikonik tersebut ke layar utama buat kali pertama sebagai watak utama. Filem ini menjanjikan sebuah pengalaman sinematik yang menggabungkan elemen aksi, humor dan drama kekeluargaan dalam latar naratif yang penuh mendebarkan.

 

“Ini merupakan penampilan ketiga Papa Zola di layar perak selepas BoBoiBoy The Movie dan BoBoiBoy Movie 2, tetapi buat pertama kalinya beliau menjadi teraju utama,

 

“Filem ini akan mengupas asal-usul Papa Zola dan menampilkan aksi dramatik, nilai kekeluargaan serta konflik menentang makhluk asing, sebuah tontonan sesuai untuk semua peringkat umur,” ujar Nizam Abd Razak, Pengarah Papa Zola The Movie.

 



Papa Zola The Movie dijangka menjadi antara filem paling dinantikan hujung tahun ini. Nantikan kemunculannya di pawagam berdekatan Disember ini!



Comments


bottom of page