top of page

Misha Omar Hadir dengan "Break"

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 7 hours ago
  • 1 min read

Selepas penantian yang mendebarkan, penyanyi tersohor Misha Omar akhirnya melancarkan single terbaharunya berjudul “Break” di platform YouTube.


Lagu ini bukan sekadar sebuah karya muzik, tetapi juga sebuah penceritaan penuh emosi yang menyentuh hati pendengar. 


“Break” yang membawa tema penyesalan, cinta dan waktu yang tidak dapat diulang kembali, karya ini nyata memberi impak mendalam terutama buat mereka yang pernah melalui kehilangan atau kenangan yang ingin diperbaiki.


Lagu ciptaan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw, membawa kekuatan dari segi lirik dan melodi, manakala susunan muzik yang indah oleh Tohpati menyerlahkan lagi keistimewaan lagu ini. 


Lebih istimewa lagi, aspek vokal lagu ini dibimbing oleh dua figura tersohor iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Yandi Brown, menjadikan penyampaian Misha Omar begitu mantap dan penuh penghayatan.


Sejurus dimuat naik di YouTube, lagu ini mula meraih perhatian ramai dengan komen-komen positif membanjiri ruangan komen.


Rata-rata peminat memuji kekuatan vokal Misha yang kekal relevan dan mampu menyentuh emosi pendengar. Produksi muzik juga begitu rapi dan menyentuh perasaan.


Saksikan video muzik rasmi “Break” sekarang di saluran YouTube rasmi Misha Omar dan rasai sendiri keindahan sebuah penyesalan yang diterjemah dalam bentuk lagu.


Comments


bottom of page