top of page

Midnight Fusic Tampil Dengan Jiwa Baru Menerusi Modus Operandi

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • May 6
  • 1 min read


Band alternatif rock popular, Midnight Fusic, kembali mencuri perhatian dengan pengumuman EP terbaru mereka bertajuk Modus Operandi. Menerusi satu hantaran di Instagram rasmi mereka pada awal Mei 2025, kumpulan ini memaklumkan bahawa EP tersebut bakal dilancarkan pada 23 Mei 2025, menandakan bahawa kemunculan semula yang dinanti-nantikan oleh para peminat mereka.



Dalam hantaran Instagram yang penuh emosi bertarikh 13 Oktober 2022, Midnight Fusic berkongsi perjalanan mereka sejak awal penubuhan kumpulan ini. Ayat pembuka yang berbunyi “where do we begin..” menggambarkan perasaan reflektif dan penghargaan terhadap sokongan peminat yang setia. Kini, mereka melangkah ke fasa baru dengan karya yang dijangka lebih matang dan mencabar.



EP Modus Operandi mengandungi empat trek, dengan lagu pertama bertajuk Residue sudah disahkan sebagai pembuka tirai kepada naskhah ini. Walaupun tajuk tiga lagu lain masih dirahsiakan, namun peminat sudah boleh membuat pre-save untuk memastikan tidak terlepas sebaik sahaja EP ini dilancarkan.


Gambar promosi terbaru menunjukkan kesemua ahli kumpulan dalam suasana hitam putih yang ringkas tetapi penuh gaya. Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa muzik mereka kali ini mungkin lebih matang dan mendalam.


Midnight Fusic sebelum ini dikenali dengan lagu-lagu beremosi dan gaya persembahan yang unik. Kehadiran semula mereka menerusi Modus Operandi dijangka menghidupkan semula semangat peminat dan memberi nafas baharu kepada muzik alternatif tempatan.


Comments


bottom of page