top of page

“Meow Menyala, Gaya Membara!”, Cat Fashion Week Umum 8 Finalis Akhir

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 5 hours ago
  • 2 min read

Fenomena luar biasa buat pencinta kucing di seluruh Malaysia! Cat Fashion Week, rancangan realiti pertama seumpamanya yang mengangkat si bulus ke pentas utama peragaan, kini memasuki fasa kemuncaknya apabila lapan finalis terbaik telah diumumkan secara rasmi menerusi program NONA pada Ahad lalu.


Lebih daripada sekadar pertandingan fesyen, Cat Fashion Week menjadi medan unik untuk meraikan pesona, karakter dan hubungan istimewa antara pemilik dan haiwan kesayangan mereka.


Konsep ini bukan sahaja memukau, malah menyatukan komuniti pencinta kucing dari seluruh pelusuk negara.


Daripada ratusan penyertaan, hanya 20 kucing berjaya ke pusingan pre-judging sebelum juri memilih lapan terbaik untuk ke pentas akhir. 


Penjurian dibuat berdasarkan kecantikan fizikal, keyakinan di atas pentas, serta keserasian antara si bulus dan pemiliknya. 


Menurut juri Yuen Wai, kriteria utama yang kita akan nilai adalah busana yang kucing itu pakai.


“Disebabkan fashion show ini, kita akan menilai busana dan kecantikan kucing itu juga. Dua perkara ini penting dalam penilaian kita,” katanya. 


Berikut ialah barisan Top 8 Finalis Cat Fashion Week 2025:


  1. Nurul Izzah & Omey (Siberian, Jantan)

  2. Nurul Awwal & Chibu (Domestic Long Hair, Jantan)

  3. Nurmayani & Kristoff (Ragdoll, Jantan)

  4. Siti Rohani & Goyem (Domestic Long Hair, Jantan)

  5. Farahin Zakaria & Junny (Persian, Betina)

  6. Zakry Shazryl & Winter Notty (Munchkin, Jantan)

  7. Anis Halyatie & Evian Evan (Ragdoll, Jantan)

  8. Siti Khadijah & Mocha (Domestic Long Hair, Betina)


Antara finalis yang menarik perhatian ialah Mocha, si manja berbulu panjang milik Siti Khadijah.



Menurut Siti Khadijah, Mocha, kucingnya itu memang dijaga seperti anak kecil.


“Mocha saya jaga sehingga sekarang dia berumur 4 tahun. Adik saya bagi Mocha sebagai hadiah dan saya masuk Cat Fashion Week ini sekadar suka-suka sahaja,” ujarnya. 


Penonton boleh terus mengikuti kisah menarik kesemua finalis menerusi segmen khas Cat Fashion Week dalam program NONA setiap Ahad jam 2 petang di TV3. 


Bermula 27 Julai ini, turut akan ditayangkan kapsul eksklusif selama tiga minggu berturut-turut pada jam 7.50 malam dan anda akan melihat cabaran yang dihadapi dan persiapan mereka menuju malam finale.


Malam kemuncak Cat Fashion Week dijadualkan berlangsung pada Ahad, 17 Ogos 2025 jam 9 malam, di mana seorang juara akan dinobatkan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000. 


Tiga anugerah khas turut dipertandingkan iaitu Anugerah Felix, Si Bijak, dan Si Lincah sebagai penghargaan terhadap kelincahan serta keistimewaan setiap peserta.

Cat Fashion Week disokong oleh penaja utama Felix dan rakan media rasmi Hot FM serta SAYS.


Saksikan siapa bakal menawan hati juri dan membawa pulang mahkota runway pertama buat si bulus dalam sejarah televisyen Malaysia! Hanya di TV3 Meow Menyala, Gaya Membara!


Comments


bottom of page