Meow Menyala Gaya Membara, Cat Fashion Week Kini di TV3!
- Ain Najihah
- 11 hours ago
- 2 min read

TV3 mencipta sejarah dengan menganjurkan Cat Fashion Week, pertandingan fesyen kucing pertama di televisyen Malaysia.
Cat Fashion Week bertemakan “Meow Menyala, Gaya Membara!”, acara ini menampilkan 20 kucing paling bergaya bersama pemilik masing-masing dalam sesi pre-judging, bagi merebut tempat dalam top lapan finalis.

Empat juri profesional terlibat termasuk Dr Ima, Johan & His Cats, Yuen Wai, dan Mark Adam, dibantu penasihat juri Pak Khalid. Penilaian dibuat berdasarkan penampilan, gaya, kesihatan, dan hubungan unik antara kucing dan pemilik.




Pada penghujung tahun lalu lebih 100 penyertaan dihantar secara atas talian dan hanya 20 kucing terpilih untuk ke peringkat pre-judging. 20 kucing yang terpilih ini akan memperagakan fesyen mengikut tema.
Sesi penjurian ini turut dihadiri Khalid Rashid atau dikenali sebagai Pak Khalid yang merupakan Presiden Kelab Kucing Malaysia. Pak Khalid mempunyai pengalaman yang luas dalam arena pameran kucing sejak era 197a-an.
Pak Khalid berkata beliau bangga melihat pemilik kucing zaman kini semakin kreatif.
“Pemilik hari ini semakin kreatif dan penyayang terhadap haiwan peliharaan.
Pertandingan ini bukan sahaja sekadar tentang fesyen tetapi tentang hubungan dan empati”, katanya.

Menurut Mark Adam, beliau tersentuh melihat kasih sayang itu ditunjukkan melalui fesyen dan gaya.
Manakala Pengurus Besar Kandungan TV3, Puan Marlia Zul Amran, Cat Fashion Week membawa satu konsep yang “fresh” dan unik serta beliau yakin program pertandingan ini mampu menyentuh jiwa penonton.
Cat Fashion Week dianjurkan dengan kerjasama penaja utama Felix dan rakan media rasmi Hot FM serta SAYS.
Cat Fashion Week akan ditayangkan menerusi:
NONA (29 Jun – 17 Ogos, Ahad 2PM)
Kapsul Eksklusif (27 Julai – 10 Ogos, Ahad 7.50PM)
Pentas Akhir (17 Ogos, Ahad 9PM)
Pemenang bakal membawa pulang wang tunai sehingga RM5,000, selain anugerah khas seperti Felix, Si Bijak & Si Lincah.

Saksikan gelagat manja dan gaya luar biasa para ‘meow’ yang bakal mencuri perhatian seluruh negara!
Bagi anda yang ingin mengetahui info lebih lanjut, anda boleh ikuti @TV3Malaysia di semua platform media sosial.
Comments