“Menamakanmu Cinta” Catat Lebih 100,000 Pendengar!
- Nurul Safiah
- 2 days ago
- 1 min read

Dua bintang ternama dari Malaysia dan Indonesia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Ade Govinda, menyatukan bakat serta emosi dalam sebuah kolaborasi istimewa berjudul “Menamakanmu Cinta”, yang kini sudah boleh dinikmati di semua platform penstriman digital.
Menariknya, hanya selepas lima hari dilancarkan, Menamakanmu Cinta telah mencatat lebih 100,000 pendengar di Spotify!

Lebih dari sekadar lagu, Menamakanmu Cinta mengangkat tema cinta sejati dengan lirik yang menyentuh dan melodi yang syahdu. Ia menggambarkan keindahan perjalanan cinta menerusi kenangan manis dan detik-detik bermakna yang dilalui bersama insan tersayang.
Lagu yang dilancarkan dibawah Universal Music Malaysia ini turut mendapat sentuhan peribadi kedua-dua artis, menjadikan kolaborasi ini sesuatu yang istimewa bukan hanya dari segi vokal, malah dalam penyampaian emosi yang tulus.

Lirik video rasmi telah pun dilancarkan di saluran YouTube Siti Nurhaliza, sebagai pengenalan sebelum pelancaran video muzik rasmi yang dijangka menyusul tidak lama lagi.
Dengan gabungan suara emas Siti Nurhaliza dan bakat muzik Ade Govinda, Menamakanmu Cinta dijangka mencuri hati peminat kedua-dua negara, sekaligus menandakan satu lagi momen penting dalam sejarah muzik serantau.
Comentarios