top of page

Melodi Glam Raya Runway 2026 Gegar Laluan MRT

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 8 hours ago
  • 1 min read

Kalau selalu tengok pertunjukan fesyen di pentas biasa, kali ini Melodi Glam Raya Runway 2026 tampil dengan idea yang jauh lebih unik iaitu runway bergerak di dalam tren MRT.


Acara istimewa ini akan berlangsung pada 12 Mac 2026, bermula dari Stesen MRT Bandar Utama sebelum berakhir dengan acara kemuncak di Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX). Gabungan fesyen, hiburan dan muzik ini menjanjikan pengalaman yang cukup berbeza buat orang ramai menjelang musim Raya.


Dikendalikan oleh hos Melodi, Ain Edruce dan Fikry Ibrahim, acara ini akan menyaksikan seramai 20 model memperagakan koleksi Raya daripada jenama fesyen tempatan. Mengangkat tema “Gaya Raya Glam”, konsepnya cukup dekat dengan realiti. Tampil bergaya untuk Aidilfitri tidak semestinya memerlukan perbelanjaan besar, asalkan tahu padanan busana dan solekan yang sesuai.


Suasana dalam tren turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Nabila Razali, bersama finalis One In A Million iaitu Marygrace, Kai Deva, Jimmy dan Mariam.


Apabila tren tiba di TRX, kemeriahan diteruskan dengan persembahan pentas utama menampilkan Aisha Retno, Ernie Zakri dan Amir Masdi, selain penampilan Datuk Seri Aliff Syukri serta kemunculan semula Nabila Razali bersama finalis One In A Million.


Orang ramai juga boleh menyertai peraduan di booth khas yang dibuka di Stesen MRT Bandar Utama, Pasar Seni dan TRX dengan peluang memenangi baucar beli-belah menarik.


Bagi yang ingin merasai sendiri pengalaman ini, boleh hadir ke Stesen MRT Bandar Utama pada jam 3.00 petang untuk sesi pelepasan rasmi. Acara kemuncak pula berlangsung di Aras Concourse MRT TRX sekitar jam 4.00 petang.


Menariknya, keseluruhan acara ini turut distrim secara langsung di TikTok MBuzz Terhangat bermula 3.30 petang.

Comments


bottom of page