Meiska Kembali Dengan Lagu Cinta ‘Datang Tepat Waktu’
- Nurul Safiah
- 23 hours ago
- 1 min read

Penyanyi muda berbakat, Meiska, kembali menyapa peminatnya menerusi lagu baharu berjudul ‘Datang Tepat Waktu’ yang dilancarkan pada Jumaat, 20 Jun!
Karya lagu ini merupakan hasil ciptaan Trakast, Yafi Aria, dan Fabio Asher, dengan Yafi Aria turut bertindak sebagai penerbit.
Meiska mengakui jatuh cinta sejak kali pertama mendengar demo lagu ini, dan proses rakaman pula hanya mengambil masa sebulan.

“Lagu ini terasa ringan, manis, tapi masih bermakna. Ia tentang seseorang yang akhirnya bertemu dengan cinta yang tepat setelah berkali-kali kecewa,” jelas Meiska.
Menurutnya lagu ini lebih mencabar berbanding menyanyi lagu galau walaupun ianya ringan dan ceria.
“Sekarang aku bisa melepas rindu dengan Meiteam,” ujar Meiska, merujuk kepada nama peminat setianya.

‘Datang Tepat Waktu’ turut membawa harapan Meiska agar dapat menjadi lagu pilihan dalam majlis perkahwinan kelak.
Dengan sentuhan baharu dan semangat ceria, Meiska memperlihatkan kematangan dalam karier muziknya dan bersedia mencuri hati pendengar dengan warna muzik yang lebih terang dan penuh harapan.
Jangan lupa strim ‘Datang Tepat Waktu’ di semua platform digital!
Comments