"Masing Masing" Catat Sejarah, Lebih 190 Juta Strim di Spotify!
- Ain Najihah
- 4 hours ago
- 1 min read

Lagu duet hit "Masing Masing" nyanyian mantap Ernie Zakri dan Ade Govinda sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya melepasi angka 190 juta strim di platform muzik global, Spotify.
Lagu tersebut secara rasmi mengekalkan rekod sebagai lagu Melayu paling banyak distrim dalam sejarah Spotify.
Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan kehebatan vokal dan penyampaian penuh emosi oleh Ernie Zakri, malah memperlihatkan kekuatan kolaborasi rentas negara bersama penyanyi dan komposer terkenal dari Indonesia, Ade Govinda.
"Masing Masing" kini bukan sekadar sebuah lagu, tetapi fenomena muzik serantau yang mengukir sejarah tersendiri!
Commentaires