Masdo Sambut 10 Tahun, Idea Live Arena Jadi Saksi Konsert Ulang Tahun!
- Nurul Safiah
- May 8
- 1 min read

Kugiran Masdo bakal menyambut satu dekad perjalanan seni mereka dengan konsert berskala besar bertajuk AL-KISAH: Masdo 10 Tahun!
Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos 2025 di venue baharu, Idea Live Arena KL @ 3 Damansara.
Buat pertama kalinya, kumpulan retro-pop kegemaran ramai itu akan mengadakan konsert ulangtahun ke-10 mereka di lokasi eksklusif.
Konsert ini dijangka mengimbau semula memori dan melodi yang telah menambat hati peminat sejak penubuhan Masdo.

Dengan kapasiti yang mampu memuatkan sehingga 7,000 orang, Idea Live Arena KL menjadi lokasi ideal untuk MASDO meraikan ulang tahun ke-10 mereka dalam suasana yang lebih eksklusif dan intim bersama para peminat.
Bagi yang ingin menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini, peminat boleh mendapatkan tiket semasa jualan umum yang menawarkan harga RM148 untuk Rockzone (Free Standing) dan RM198 bagi Cat 1 (Free Seating).
Bersedia untuk malam penuh nostalgia, cinta dan melodi bersama Masdo, ayuh raikan 10 tahun kegemilangan muzik mereka!

Comentários