Kugiran Masdo Kembali Gegar Muzik Tempatan Dengan Projek Terbaharu “Begini Jadinya”!
- Ain Najihah
- 7 hours ago
- 1 min read

Kumpulan retro-pop sensasi tanah air, Kugiran Masdo, kembali mencuri perhatian dengan pengumuman projek terbaharu mereka berjudul “Begini Jadinya” yang bakal dilancarkan pada Jumaat ini, 11 Julai 2025.
Pengumuman rasmi itu dibuat menerusi laman Instagram @kugiranmasdo, sekali gus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat yang sudah lama menantikan karya baharu daripada Kugiran Masdo.
Teaser yang berdurasi pendek ini memberi petunjuk bahawa “Begini Jadinya” bakal memaparkan kelainan yang segar dan penuh nostalgia.
Kugiran Masdo, yang sinonim dengan imej klasik dan irama ‘pop yeh yeh’ moden, sentiasa berjaya menyuntik nafas baharu ke dalam muzik tanah air.
Tidak hairanlah setiap projek baharu mereka sering dinanti-nantikan bukan sahaja oleh peminat tegar, malah penggemar muzik secara umum.
Adakah Begini Jadinya bakal menjadi ‘anthem’ baharu dan mengulangi kejayaan karya terdahulu mereka? Sama-sama kita nantikan pelancarannya 11 Julai ini di semua platform digital muzik!
Commentaires