Marshall Emberton III Lunar New Year 2026: Hanya 50 Unit Di Malaysia
- N

- Feb 25
- 2 min read
Kalau anda peminat audio lifestyle atau suka koleksi edisi terhad, Marshall Emberton III Lunar New Year 2026 ini memang antara release paling menarik tahun ini. Sempena Tahun Kuda, jenama audio ikonik Marshall tampil dengan versi khas yang bukan sahaja fokus pada bunyi berkualiti, tetapi juga elemen seni dan ekspresi kreatif.

Edisi istimewa ini hadir dengan konsep kempen “Live Unbridled”, diinspirasikan daripada frasa Cina yang membawa maksud kebebasan tanpa batas, seperti kuda liar yang tidak lagi terikat. Semangat ini diterjemahkan melalui reka bentuk yang berani dan penuh karakter, sesuai dengan gaya hidup moden yang spontan, bebas dan penuh tenaga.
Bukan sekadar speaker mudah alih, tetapi aksesori gaya hidup yang ada identiti sendiri.
Untuk menjadikan edisi ini lebih eksklusif, Marshall berkolaborasi dengan artis visual dari China, FCCK. Dikenali dalam dunia muzik dan vinyl, FCCK terkenal dengan gaya ilustrasi dan grafik yang bold serta eksperimental. Sentuhan seni beliau menjadikan Emberton III Lunar New Year Edition 2026 kelihatan seperti sebuah kanvas bergerak unik, artistik dan jauh daripada rekaan biasa.

Apa yang buat release kali ini lagi menarik, hanya 50 unit sahaja diperuntukkan untuk pasaran Malaysia. Ia akan mula dijual pada 7 Februari 2026 dengan harga RM1,149, dan boleh didapati secara eksklusif di Against Lab, sama ada di kedai fizikal di Pudu atau secara dalam talian.
Berbeza dengan pelancaran produk biasa, edisi ini memilih pendekatan yang lebih dekat dengan komuniti kreatif. Against Lab dipilih sebagai lokasi kerana reputasinya sebagai ruang yang meraikan seni, budaya independen dan eksperimen kreatif selari dengan semangat “Live Unbridled” yang dibawakan Marshall.

Pada hari pelancaran, pengunjung bukan sahaja boleh melihat dan mencuba speaker ini secara langsung, tetapi juga menyertai pengalaman khas seperti bengkel penulisan couplet Tahun Baru Cina. Acara ini akan berlangsung dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang di Against Lab Pudu, lengkap dengan suasana santai, muzik serta makanan ringan.
Dari segi prestasi, Emberton III masih mengekalkan signature sound Marshall yang dikenali sejak era rock & roll. Reka bentuknya yang kompak dan mudah alih menjadikannya sesuai untuk rumah terbuka, sesi lepak bersama kawan atau apa sahaja momen spontan sepanjang musim perayaan.

Secara keseluruhan, edisi Lunar New Year kali ini bukan sekadar produk bermusim. Ia adalah gabungan muzik, seni dan budaya dalam satu pakej yang memang sesuai untuk pengumpul, pencinta reka bentuk atau sesiapa yang mahukan sesuatu yang rare. Kalau terlepas, memang susah nak jumpa lagi.
“Bila seni bertemu bunyi ikonik Marshall, hasilnya bukan sekadar speaker tapi koleksi yang ada jiwa.”



Comments