top of page

Marsha Milan Jadi Pilihan Ungu Untuk Konsert 3 Dekad di Kuala Lumpur

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 6 minutes ago
  • 2 min read

Kalau Marsha Milan dah diumumkan sebagai artis jemputan khas untuk Konsert 3 Dekad Ungu Kuala Lumpur, memang automatik ramai peminat terus rasa “eh, ini macam lain macam”. Apatah lagi bila pemilihan penyanyi Malaysia itu dibuat sendiri oleh kumpulan legenda Indonesia, Ungu. Bukan sekadar nama sampingan, tapi benar-benar dipilih kerana kekuatan vokal dan emosi yang mereka rasa sesuai dengan malam istimewa itu.


Konsert “Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur” yang bakal berlangsung di Idea Live Arena ini memang sudah lama jadi bualan peminat. Tapi bila nama Marsha Milan diumumkan sebagai sebahagian daripada line-up, vibe konsert terus berubah jadi lebih ‘deep’ dan sentimental. Ungu sendiri mengakui mereka sudah lama mengikuti perjalanan seni Marsha, dan percaya penyanyi itu ada keupayaan untuk membawa emosi yang selari dengan lagu-lagu mereka yang banyak menyentuh perasaan.


Menariknya, pemilihan ini bukan sekadar soal populariti atau strategi promosi. Ungu melihat Marsha sebagai artis yang mampu menyampaikan lagu dengan penghayatan yang kuat, sesuatu yang sangat penting untuk sebuah konsert ulang tahun 30 tahun yang sarat dengan nostalgia. Bayangkan gabungan suara Marsha dengan lagu-lagu seperti “Cinta Dalam Hati” atau “Demi Waktu”, memang mudah buat penonton hanyut dalam emosi malam itu.


Konsert ini juga dijangka membawa penonton menyusuri perjalanan tiga dekad Ungu melalui konsep khas yang dibahagikan kepada beberapa fasa perkembangan muzik mereka. Dengan elemen visual, susunan muzik yang lebih imersif dan storytelling di atas pentas, malam itu bukan sekadar persembahan biasa, tapi lebih kepada ‘reminisce session’ besar-besaran untuk peminat lama dan baru.


Pihak penganjur turut memaklumkan bahawa sambutan terhadap konsert ini sangat memberangsangkan apabila tiket sudah pun mencecah 50% jualan. Malah, beberapa kategori tempat duduk tambahan turut dirancang untuk dibuka bagi memenuhi permintaan peminat yang semakin meningkat. Dan seperti biasa, bila konsert besar macam ini, masih ada kejutan lain yang belum didedahkan yang buat ramai tertanya-tanya apa lagi yang akan berlaku nanti.



Apa yang pasti, kehadiran Marsha Milan dalam konsert ini bukan sekadar “guest appearance”, tapi lebih kepada elemen penting yang bakal melengkapkan malam penuh emosi tersebut. Untuk peminat Malaysia, ini mungkin salah satu momen rare yang tak selalu berlaku bila artis tempatan dan legenda Nusantara berkongsi pentas dalam satu malam yang sama.

Comments


bottom of page