Maroon 5 Umum Album Baharu ‘Love is Like’
- Nurul Safiah
- Jun 24
- 1 min read

Kumpulan pop-rock ternama Maroon 5 kembali menghangatkan industri muzik global dengan pengumuman album studio ke-8 mereka yang berjudul ‘Love is Like’, dijadualkan untuk dilancarkan pada 15 Ogos 2025 ini.
Ini merupakan album pertama mereka selepas hampir empat tahun, susulan pelancaran Jordi pada tahun 2021.
Sebagai pemanas, Maroon 5 turut melancarkan single terbaharu berjudul “All Night” yang kini boleh distrim di semua platform digital.
Video muzik rasmi lagu ini pula bakal dilancarkan pada Khamis, 26 Jun jam 9 malam PT.
Sebelum ini, mereka telah pun memperkenalkan single utama Love is Like iaitu “Priceless” hasil kolaborasi dengan ahli kumpulan BLACKPINK, Lisa, yang dikeluarkan pada Mei lalu.
Menurut vokalis utama, Adam Levine, album ini membawa semangat awal Maroon 5 ketika mula mencipta nama.
Sebagai menyokong pelancaran album ini, Maroon 5 turut mengumumkan 23 lokasi dalam siri konsert arena di seluruh Amerika Syarikat, yang akan bermula 6 Oktober dan berakhir pada 25 November.
Untuk peminat yang menantikan kemunculan semula penuh tenaga dari Maroon 5, ‘Love is Like’ menjanjikan pengalaman sonik yang segar, penuh emosi dan nostalgia yang pernah melonjakkan nama kumpulan ini ke persada antarabangsa.
コメント