Maroon 5 & Lisa Blackpink Dedah Kolaborasi ‘Priceless’ Setelah Lama Berteka-teki!
- Nurul Safiah
- 5 hours ago
- 1 min read

Akhirnya terjawab! Maroon 5 dan Lisa Blackpink mengumumkan kolaborasi yang dinanti-nantikan dengan single terbaru mereka bertajuk Priceless pada 26 April lalu.
Sebelum ini, peminat sudah pun mula berteka-teki selepas vokalis Maroon 5, Adam Levine, memberi bayangan tentang “sebuah single baru hujung bulan ini” ketika muncul di The Tonight Show Starring Jimmy Fallon.
Adam turut berkongsi bahawa album terbaru kumpulan itu merupakan yang pertama selepas Jordi pada tahun 2021 dimana ianya bakal dilancarkan musim panas ini.
Spekulasi makin hangat apabila Maroon 5 memuat naik foto misteri Adam bersama seorang wanita, menghadap pemandangan bandar, pada 23 April.
Kini semuanya terjawab apabila Maroon 5 memuat naik rakaman sesi foto mereka berdua di Instagram, sambil berkongsi pautan pra-simpan untuk single Priceless.
Priceless juga menjadi penampilan sulung Lisa selepas kejayaan persembahan solo beliau di Coachella 2025 yang berakhir pada 20 April lalu.
Adakah Priceless bakal jadi anthem musim panas ini? Tak sabar nak dengar penuh!

Comments