top of page

Mariah Carey Umum Album Baharu “Here For It All”, Bakal Dilancarkan September Ini

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 3 days ago
  • 1 min read

Selepas tujuh tahun, kini penyanyi pop tersohor Mariah Carey akhirnya mengumumkan kemunculan album terbaharunya yang berjudul Here For It All, yang dijadualkan menemui peminat pada 26 September 2025.

 

Pengumuman tersebut dibuat menerusi hantaran Instagram pada 21 Julai, apabila beliau berkongsi klip pendek bersama kapsyen “Here For It All, my new album out 9/26. Pre-order now!”

 

Album ini merupakan susulan kepada album terakhirnya, Caution, yang diterbitkan pada tahun 2018.

 


Here For It All bakal menampilkan “Type Dangerous” sebagai single utama, yang telah dilancarkan lebih awal.

 

Menariknya, sehari sebelum pengumuman rasmi album, Mariah turut memberi petunjuk menerusi video di Instagram dan platform X, yang memaparkan montaj album-album terdahulu dari debutnya pada 1990 hingga Caution, sebelum menayangkan teks “MC16” merujuk kepada album ke-16 beliau.

 

Video tersebut disertai dengan kiraan angka “19:06:42”, menambahkan lagi keterujaan peminat.

 

Peminat kini boleh membuat pra-tempahan Here For It All, dan menantikan peluncuran penuh album tersebut pada 26 September 2025.


Comments


bottom of page