Malaysian DIVE, masa untuk kasi X, O dan full L O V E sebab IVE datang KL!
- Atiqah Halim

- 11 hours ago
- 2 min read

DIVE Malaysia, bersiap sedia sebab IVE officially confirm turun ke Kuala Lumpur untuk IVE World Tour pada 4 April 2026, jam 5 petang di Axiata Arena. Tour ni memang besar dan KL jadi antara lokasi pilihan mereka untuk 2026. Korang boleh expect visual, vocal dan stage yang all out.

Harga tiket dan kategori tempat duduk:
• VIP Package Standing RM1048
• VIP Package Seated RM1048
• CAT 1 RM888
• CAT 2 RM728
• CAT 3 Standing Zone RM698
• CAT 4 RM598
• CAT 5 RM398
Floor plan yang dikeluarkan menunjukkan stage berbentuk T dengan zon standing di tengah. VIP Standing berada paling dekat dengan stage sementara VIP Seated dapat spot premium di bahagian depan.

VIP Standing dan VIP Seated dua-dua berharga RM1048 dan datang dengan extra benefit
• Tiket Standing Zone atau Premium Seated
• Early entry
• Akses ke pre-show soundcheck party
• Eksklusif VIP laminate dan lanyard
• Early access ke merchandise booth
Senang cerita kalau korang memang hardcore DIVE, VIP memang berbaloi.

Kalau tak nak stress masa general sale, Live Nation Presale adalah penyelamat. Presale ni akan berlangsung pada Rabu, 10 Disember dari 11 pagi sampai 11.59 malam.
Korang cuma perlu register membership percuma di www.livenation.my kemudian login sebelum presale bermula.
Jualan umum pula akan dibuka pada Khamis, 11 Disember jam 11 pagi.
Waiting room akan dibuka 1 jam lebih awal untuk kedua dua sesi presale dan general saleJadi pastikan standby awal.
Pembelian tiket hanya di www.golive-asia.com
Semua transaksi dibuat melalui www.golive-asia.com. Pastikan akaun korang dah sedia dulu supaya tak kalut masa beli nanti.
DIVE, get your lightstick charged sebab April nanti kita jerit, kita sing-along dan kita show what we are bersama IVE. KL is about to get lit.









Comments