top of page

Malaysia Raikan Ikon Hiburan di Ekspo 2025 Osaka: 14 Nama Terkenal Diabadikan di ‘Hall of Fame’

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • Apr 30
  • 1 min read


Dunia bakal menyaksikan kehebatan industri hiburan Malaysia apabila negara ini mempersembahkan barisan tokoh seni tanah air yang diiktiraf di pentas antarabangsa melalui pavilion bertemakan “Epilogue: Hall of Fame” di Ekspo 2025 Osaka. Di bawah kategori Entertainment , seramai 14 individu yang telah banyak menyumbang dalam mengangkat nama Malaysia dalam bidang hiburan telah dipilih untuk diberi penghormatan tertinggi.


Antara nama yang tersenarai ialah ikon perfileman dan pelakon bertaraf dunia, Tan Sri Dato’ Seri Michelle Yeoh, serta legenda seni sepanjang zaman, Tan Sri P. Ramlee. Turut tersenarai ialah penyanyi kesayangan negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan penyanyi antarabangsa, Yuna, yang telah mengukir nama di pentas muzik global.



Setiap individu yang dipilih mewakili pelbagai cabang seni iaitu daripada muzik, filem, seni persembahan sehinggalah kepada seni tradisional sekaligus mencerminkan kepelbagaian budaya dan kreativiti Malaysia yang tiada tandingan.


Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan pencapaian luar biasa mereka, malah ia juga sebagai usaha strategik untuk memperkenalkan kekayaan seni dan bakat tempatan kepada dunia. Pavilion Malaysia dijangka menjadi antara tarikan utama di Ekspo 2025, memaparkan kisah-kisah inspirasi serta warisan budaya negara yang patut dibanggakan.


Ekspo 2025 Osaka akan membuka tirainya dengan tema besar “Designing Future Society for Our Lives”, dan penyertaan Malaysia melalui ‘Epilogue: Hall of Fame’ dijangka menjadi salah satu sorotan utama dalam memperkukuh imej negara sebagai pusat bakat seni yang bertaraf dunia.

Comments


bottom of page