top of page

Malam Gala Bertemakan Retro Raikan Filem Mencari Ramlee

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 22 hours ago
  • 1 min read


Suasana di GSC Mid Valley malam ini bertukar menjadi kapsul masa era 70-an apabila para selebriti, penggiat seni dan pengamal media tampil bergaya dalam busana klasik bagi meraikan tayangan gala filem Mencari Ramlee.

 

Filem arahan sulung Megat Sharizal ini disambut penuh meriah dalam sebuah acara istimewa yang mengangkat warisan seni Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

 

Lebih daripada sekadar tayangan eksklusif, malam gala ini menjadi medan penghargaan terhadap legasi tokoh seni negara yang terus hidup dalam ingatan rakyat Malaysia.

 


Filem Mencari Ramlee bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 19 Jun 2025, membawa kisah fiksyen yang sarat dengan unsur penghormatan kepada karya-karya Seniman Agung itu.

 

"Untuk beberapa tahun sewaktu saya kecil, saya dibesarkan oleh datuk dan nenek saya. Mereka mempunyai koleksi hampir semua filem Tan Sri P. Ramlee. Itulah pendedahan pertama saya kepada dunia filem," ulas Megat Sharizal.

 


Dibintangi Tony Eusoff, Sofia Jane, Mimi Lana, dan Megat Sharizal sendiri, filem ini turut menampilkan pelakon hebat tanah air seperti Azhan Rani, Beto Kusyairy, Sharifah Amani, Bront Palarae, dan Najua P. Ramlee, cucu kepada P. Ramlee.

 

Jangan lepaskan peluang merasai keajaiban nostalgia di pawagam berhampiran anda 19 Jun ini!



Comments


bottom of page