top of page

Adrian Teh akui ambil inspirasi Now You See Me, tapi Magik Rompak 100% idea original

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • Sep 9
  • 1 min read

Pengarah terkenal Adrian Teh tampil beri penjelasan selepas filem terbarunya, Magik Rompak dibandingkan nitizen dengan filem Hollywood popular seperti Now You See Me dan Ocean's 11.


ree

Filem ini menggabungkan elemen aksi, jenayah dan fantasi aksi, jenayah dan fantasi ilusi, sekaligus menawarkan pengalaman sinematik segar yang diyakini mampu mengangkat mutu penceritaan filem tempatan ke tahap lebih tinggi.


Dalam sidang media yang berlangsung pada 8 Semptember di IOI City Mall Putrajaya, beliau mengakui memang ada mengambil inspirasi daripada beberapa filem magik dan rompakan antarabangsa sebagai reference, tapi menegaskan bahawa karya terbarunya bukanlah hasil plagiat.

"It's just a reference that we took, but we never copy. We have our own identity and footing in the story. Most important of all, it's an original story from me," jelas Adrian.

Menurutnya lagi, filem ini bukan sekadar aksi penuh helah rompakan, tetapi turut diselitkan dengan elemen komedi ringan yang mampu mencuit hati penonton.


Magik Rompak merupakan kerjasama produksi antara ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw, Clover Films dan Overseas Union Garden, dengan sokongan daripada Kementerian Komunikasi, FINAS, SFO Studio Film Office serta Singapore Film Commission.


Barisan pelakon mantap yang turut menghidupkan filem ini, antaranya Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Amelia Henderson dan Nadhir Nasar.



Bagi yang tak sabar nak saksikan, Magik Rompak akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 11 September 2025.


ree

Comments


bottom of page