top of page

Magik Rompak: Filem Aksi Gandingan Zul & Sharnaaz Tayang pada 11 September

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 4 days ago
  • 1 min read

Filem kerjasama Malaysia-Singapura, Magik Rompak, secara rasmi telah mengesahkan tarikh tayangan di pawagam iaitu pada 11 September di Malaysia dan Singapura.


Filem ini menandakan kepulangan pengarah Adrian Teh ke genre aksi, selepas kejayaannya menerusi filem-filem seperti “Malbatt”, “Paskal”, “Wira” dan “The Assistant.”


Filem aksi ini mengisahkan tentang Hadi, seorang bekas ahli silap mata yang terkenal dibelenggu dengan kisah silam yang tragik. Hadi merancang satu rompakan untuk mencuri kalung legenda Hati Kesuma iaitu merupakan permata bernilai jutaan ringgit daripada sebuah banglo milik hartawan korup.


Hadi bekerjasama dengan kumpulan pencuri professional yang dikenali sebagai “Night Spark”. Mereka menggunakan pertunjukan silap mata sebagai helah untuk melaksanakan rompakan. 


Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Amelia Henderson, Nadhir Nasar, Fabian Loo dan pelakon terkenal Singapura, Tay Ping Hui. 


Gandingan Zul Ariffin dan Sharnaaz Ahmad juga dilihat sebagai pertembungan dua nama besar yang kini mendominasi filem pecah panggung Malaysia.


Magik Rompak tampaknya bakal menyajikan elemen magis dan tipu helah yang tidak dijangka. Berdasarkan treler yang dikongsikan, filem ini mungkin menggabungkan elemen aksi rompakan dengan sentuhan ilusi dan kelakar yang menjadikannya antara filem tempatan yang paling dinantikan tahun ini.


Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan filem ini di pawagam bermula 11 September 2025!


Comments


bottom of page