Luka Sulic Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Menerusi Konsert LIFE TOUR ASIA
- Nurul Safiah
- 1 day ago
- 1 min read

Peminat muzik klasik kontemporari di Malaysia bakal disajikan dengan malam penuh emosi dan magis apabila bintang utama 2Cellos, Luka Sulic, menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi untuk konsert sulungnya, LIFE TOUR ASIA.
Dijadual berlangsung pada 18 September 2025, jam 7.30 malam di Zepp Kuala Lumpur, konsert ini menjanjikan persembahan yang mendalam dan menyentuh jiwa.
Dibawakan bersama orkestra kamar Eropah yang turut menampilkan pemain biola Benjamin Ziervogel dan Raphael Kasprian, pemain viola Jozef Bisak, pemain cello Thomas Wiesflecker, serta pianis Simon Kravos.

Luka, yang pernah menduduki carta teratas muzik klasik di Amerika Syarikat, dikenali menerusi gandingan ikonik 2Cellos.
Kini, beliau tampil solo dengan gaya persembahan yang lebih peribadi, memfokuskan kepada keindahan muzik cello yang mampu mengalirkan pelbagai emosi dari romantik ke dramatik.
Para peminat seni muzik, jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana persembahan ini hanya akan berlangsung satu malam sahaja.
Tiket boleh dibeli menerusi my.bookmyshow.com.

Comments