Lucidrari Kembali dengan Album Ketiga “Teletext” Julai Ini!
- Ain Najihah
- 4 hours ago
- 1 min read

Penyanyi dan penulis lagu yang semakin menyerlah, Lucidrari, telah mengumumkan pelancaran album ketiganya yang berjudul “Teletext”. Album tersebut akan menemui peminat pada Julai 2025!
Pengumuman tersebut dibuat menerusi akaun rasmi Instagram @lucidrari.
Album ‘Teletext” dijangka akan menjadi kesinambungan evolusi muzik Lucidrari yang terkenal dengan gaya eksperimental dan produksi yang sinematik.
Selepas kejayaan dua album terdahulu, peminat pastinya tidak sabar untuk menantikan album ketiga ini yang dijangka akan lebih menarik.
Buat peminat Lucidrari, nantikan pelancaran “Teletext’ bulan ini dan bersedia untuk menikmati karya terbaharu Lucidrari!
Comments