“Lovelorn” Kembali dalam Versi Vinyl! Daiyan Trisha Tawar Hadiah Eksklusif untuk Peminat Setia
- Nurul Safiah
- 21 hours ago
- 1 min read

Khabar gembira buat peminat setia penyanyi, pelakon dan penulis lagu berbakat Daiyan Trisha! Vinyl album ikonik beliau, “Lovelorn”, kini kembali berada di pasaran.
Menariknya kali ini dengan tawaran eksklusif yang pasti membuatkan kolektor muzik dan peminat tegar tidak mahu melepaskan peluang.
Setiap pembelian Lovelorn Vinyl akan disertakan dengan 1 keping photocard, 1 keping postcard, serta artwork khas album tersebut.

“Lovelorn” telah menerima sambutan hangat sejak pelancarannya dan terus mencipta impak sebagai salah satu naskhah muzik paling peribadi dan jujur dari Daiyan.
Vinyl ini bukan hanya simbol nostalgia, tetapi juga menjadi medium seni yang menghubungkan Daiyan Trisha dengan para peminatnya secara eksklusif dan peribadi.
Lovelorn Vinyl kini boleh didapati dan lengkap dengan kejutan untuk setiap pembeli. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Comentários