Liyana Jasmay Kembali Buat Hati “Terluka” dengan Balada Pop Nostalgia era 2000-an.
- Atiqah Halim

 - Sep 24
 - 1 min read
 

Nama Liyana Jasmay memang tak perlu diperkenalkan lagi. Dari zaman KAMI The Movie sampai ke Pisau Cukur, dia dah jadi antara ikon hiburan tanah air. Selepas hampir sembilan tahun menyepi dari dunia muzik, Liyana kini kembali menyapa peminat dengan single balada terbarunya berjudul “Terluka” di bawah label XENO Entertainment.
“Terluka” bukan sekadar lagu patah hati biasa, ia sarat dengan emosi tentang cinta yang dikhianati, pengorbanan yang tak dihargai, dan harapan yang masih berbaki walaupun hati sudah retak. Dengan alunan piano mendayu dan susunan muzik minimalis tapi penuh jiwa, vokal Liyana betul-betul membawa pendengar kembali ke era kegemilangan balada pop Malaysia awal 2000-an.

MV rasmi arahan Isa Syahmi pula tambah ‘sakit’ dalam penceritaan, lengkap dengan babak dramatik tentang pengkhianatan seseorang lelaki. Watak antagonis ini dibawakan oleh pelakon muda Emmer (The Malaya TV), yang berjaya menghidupkan konflik dalam kisah cinta penuh luka.
Dari segi muzik, lagu ini digarap oleh Ilham Baso, iaitu nama besar yang pernah menghasilkan hits “Bukan Dia Tapi Aku” (Judika), bersama penerbit Viki Pasandaran, yang menyuntik nuansa instrumental penuh perasaan.
Kepulangan Liyana ke arena muzik menerusi “Terluka” jelas mengubat rindu peminat yang dah lama menunggu. Single ini boleh didengari di semua streaming platform.









Comments