LEV Lancar “Aku Bukan Bosan” di Bawah Naungan Empayar Masdo
- Nurul Safiah
- 6 hours ago
- 1 min read

Kumpulan muzik baharu, LEV, secara rasmi melancarkan single sulung mereka bertajuk “Aku Bukan Bosan”, menandakan kemunculan rasmi mereka dalam industri muzik tanah air selepas penubuhan kumpulan ini pada 13 Mei 2022.
LEV dianggotai oleh tiga ahli muda berbakat, Leo Azman selaku vokalis utama, komposer dan penulis lirik, manakala Riz sebagai gitaris, serta Kecik di posisi pemain bass.
Mereka kini bernaung di bawah label Empayar Masdo Sdn. Bhd., syarikat yang turut menguruskan kumpulan retro terkenal MASDO.

Mengangkat tema pengorbanan dan kepercayaan dalam hubungan jarak jauh, “Aku Bukan Bosan” mengisahkan realiti seorang lelaki yang terpaksa meninggalkan keluarga demi mencari rezeki.
“Kami mahu lagu ini mewakili suara golongan yang jarang didengari. Bukan semua orang pandai meluah, tapi muzik boleh bercakap untuk mereka,” kata Andi selaku penerbit.

Sebelum pelancaran rasmi, lagu ini telah dipersembahkan secara langsung semasa siri Jelajah Menuju MASDO 10 Tahun yang berlangsung di beberapa lokasi sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
“Aku Bukan Bosan” bukan sekadar debut, ia adalah manifestasi kisah hidup ramai lelaki yang berjuang dalam diam, demi keluarga, demi cinta, demi masa depan.
Comments