top of page

Leona Suka Lelaki Tua, Lelaki Muda Kena 'Reject'!

  • kaypohmedia
  • 1 day ago
  • 1 min read

Siapa sangka, anak kepada pelakon popular Azhar Sulaiman ni rupa-rupanya ada taste yang unik bila bab memilih pasangan!


Baru-baru ini, Kasih Iris Leona (yang biasa kita kenal sebagai Leona je) mencuri perhatian netizen lepas dia buat pengakuan berani dalam satu video di TikTok. Bukan setakat berani, tapi jujur habis – Leona cakap dia langsung tak tertarik dengan lelaki muda!

“Saya tengok lelaki muda ni macam budak-budak je. Saya suka lelaki yang berusia… dan botak,” katanya dalam video yang kini dah pun jadi bualan ramai.

Yes, you heard that right – lelaki botak dan berusia jadi pilihan hati Leona. Katanya lagi, bila dia bersama lelaki yang lebih matang, suasana dan perbualan jadi lebih “masuk kepala” dan menarik.


Lebih menarik, Leona sempat kongsi yang dia baru keluar dengan seorang lelaki lebih tua, tapi tak nak dedahkan lebih-lebih sebab katanya ia “malam yang gila”. Fuhh, misteri betul.


Lepas video tu viral, ramai netizen mula bergurau dan ‘tag’ nama-nama pelakon lelaki botak yang hensem-hensem, Jason Statham lah, The Rock, Vin Diesel… terus trending dekat ruangan komen!


Ada juga yang sokong Leona, katanya lelaki berusia ni lebih stabil, matang dan tahu apa yang dia nak dalam hidup berbanding “budak muda” yang masih nak cari hala tuju.


Tak kurang juga yang mula buat spekulasi, adakah Leona bakal ‘join the club’ dan couple dengan seseorang yang jauh lebih tua? Tapi Leona nampaknya tenang je dan tak kisah apa orang nak cakap. You do you, girl!


Apa-apa pun, taste masing-masinglah kan? Yang penting bahagia, tak kisah tua ke muda, botak ke berambut. Tapi satu je, lepas ni jangan terkejut kalau makin ramai lelaki botak mula buat content TikTok untuk pikat Leona! 😆

Comments


bottom of page