top of page

Lenggong Outdoor Festival 2025 Kembali! Seru Pengembara & Pencinta Alam ke Tasik Raban Oktober Ini

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 1 day ago
  • 1 min read

Lenggong Outdoor Festival kembali untuk edisi ke-4 dan dijangka lebih meriah, berwarna-warni serta mengujakan berbanding tahun-tahun sebelumnya!

 

Acara tahunan ini bakal berlangsung dari 3 hingga 5 Oktober 2025 bertempat di lokasi penuh keindahan alam semula jadi, Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak.

 

Menyatukan penggemar aktiviti luar dari seluruh negara, festival ini menjanjikan pelbagai pengisian menarik termasuk sukan lasak, konsert tepi tasik, bengkel seni & survival, serta pengalaman berkhemah di bawah taburan bintang.

 

Tiket Early Bird kini mula terjual dengan pantas dan peminat digesa untuk segera mendapatkannya menerusi laman web rasmi festival di www.outdoorfest.my. 

 

Dengan gabungan aktiviti outdoor dan suasana komuniti yang inklusif, Lenggong Outdoor Festival 2025 menjanjikan kenangan yang tidak akan dilupakan.

 

Sertai ribuan jiwa bebas yang akan berhimpun Oktober nanti untuk pengembaraan luar biasa yang mungkin anda tak tahu anda perlukan.

Comentários


bottom of page