Lee Jong Suk Kembali Dengan Drama Baharu ‘Paradise’
- Tasnim Ahmad
- 6 hours ago
- 1 min read
Peminat K-drama, nampaknya tahun 2027 dah mula ada calon drama wajib tonton! Lee Jong Suk dilaporkan bakal kembali dengan drama baharu berjudul Paradise, dan berita ini terus jadi bualan ramai peminat drama Korea.

Apa yang buatkan ramai excited? Drama ini bukan datang daripada nama biasa-biasa. Paradise merupakan projek terbaru penulis Kim Soo Jin, individu di sebalik kejayaan drama thriller psikologi Beyond Evil yang pernah mencetus fenomena dan menang pelbagai anugerah.
Lebih menarik, ini juga merupakan karya pertama Kim Soo Jin selepas lima tahun. Jadi tak hairanlah walaupun drama ini masih di peringkat awal produksi, ramai peminat K-drama dah mula letak harapan tinggi.
Kalau anda peminat jalan cerita penuh misteri dan suspen, nama Kim Soo Jin memang cukup terkenal dengan gaya penulisan yang padat dan susah dijangka. Setiap episod biasanya penuh plot twist sampai penonton tak senang duduk.
Selain itu, drama Paradise turut diarahkan oleh Oh Choong Hwan yang sebelum ini menghasilkan beberapa drama popular seperti Start-Up, Castaway Diva dan Big Mouth.
Menariknya lagi, Paradise menjadi reunion ketiga antara Lee Jong Suk dan Oh Choong Hwan selepas mereka bekerjasama menerusi While You Were Sleeping dan Big Mouth. Jadi ramai percaya chemistry kerja mereka kali ini mungkin lebih menjadi.
Walaupun belum banyak info didedahkan tentang jalan cerita sebenar, kombinasi nama besar di belakang tabir sudah cukup buat drama ini digelar antara K-drama paling dinantikan untuk tahun 2027.
Biasalah, kalau Lee Jong Suk dah confirm comeback, timeline media sosial memang susah nak bertenang.

![Kim Myung Soo (L) Bakal Gegar Kuala Lumpur Menerusi Fan-Con Asia Tour [UNCHANGED] 2026](https://static.wixstatic.com/media/0439db_dfb7a56dc3d149b5baa9489d6745686e~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_1225,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/0439db_dfb7a56dc3d149b5baa9489d6745686e~mv2.jpg)

Comments