top of page

Latihan Pestapora Malaysia 2025 Umum Barisan Penuh Artis!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 11 minutes ago
  • 1 min read

Festival muzik paling dinanti-nantikan tahun ini, Latihan Pestapora Malaysia 2025, kini mengumumkan barisan penuh artis yang bakal menggamatkan pentas pada 26 Julai 2025!

 

Bukan itu sahaja, lokasi acara juga telah ditukar ke venue yang lebih besar, iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil!

 

Penyanyi yang bakal membuat persembahan merupakan gabungan mantap bintang muzik dari Malaysia dan Indonesia, menjadikan festival ini antara yang paling dinamik dan berwarna-warni pernah dianjurkan di negara ini.

 


Antara nama besar dari seberang yang akan membuat persembahan ialah Sheila On 7, .Feast, Hindia, Barasuara x Efek Rumah Kaca, Feel Koplo, Kunto Aji dan Pamungkas.

 

Sementara itu, barisan artis dari Malaysia tidak kurang hebatnya dengan penyertaan nama-nama popular seperti Nadin Amizah, Bunkface, Bittersweet, DOLLA, Salammusik dan SonaOne.

 

Turut menyerikan festival ialah barisan bakat muda dan segar seperti Aziz Harun, Ismail Izzani, Yonniboii, DJ CZA, Fahimi, Julia Duclos, Gaston Pong, Elva Suyan, ALVN, Killa Driz, Lil J dan Naki.

 


Gabungan hebat artis dari dua negara serumpun ini menjanjikan pengalaman muzik pelbagai genre dari pop, rock, hip-hop, hingga indie alternatif menjadikan Latihan Pestapora sebagai pentas pertemuan budaya dan komuniti serantau.

 

Tiket akan mula dijual pada 9 Jun 2025, jam 12 tengah hari di laman web rasmi www.latihanpestaporamalaysia.com 

 

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah!



Comments


bottom of page