top of page

LANY Bakal Lancar Album Keenam “SOFT” 10 Oktober Ini!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 2 days ago
  • 1 min read
ree

Berita baik buat peminat tegar LANY! Kumpulan pop rock terkenal dari Los Angeles ini bakal kembali menggegarkan industri muzik dengan pelancaran album studio keenam mereka yang diberi judul SOFT.


Album yang mengandungi 10 buah lagu ini dijadualkan untuk dilancarkan sepenuhnya pada 10 Oktober 2025.


Melalui perkongsian rasmi di akaun X (Twitter) mereka, LANY turut mengumumkan bahawa single utama bertajuk “Know You Naked” akan dilancarkan lebih awal pada hari Jumaat ini.



Berita ini sudah tentu mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat di seluruh dunia, dengan ribuan “retweet” yang membanjiri hantaran tersebut.


Senarai lagu dalam album SOFT termasuk:

  1. soft

  2. why

  3. know you naked

  4. stuck

  5. sound of rain

  6. act my age

  7. good parts

  8. make me forget

  9. destiny

  10. last forever


Buat para peminat LANY, pastikan anda bersedia untuk mendengarkan lagu “Know You Naked” pada Jumaat ini dan pelancaran penuh album SOFT pada 10 Oktober ini!


Comments


bottom of page