top of page

Krispy Kreme Malaysia Lancar Donut Harry Potter™: Houses of Hogwarts™ – Edisi Terhad Untuk Potterheads!

  • kaypohmedia
  • 10 minutes ago
  • 1 min read
ree

Berita baik buat Potterheads tempatan! Krispy Kreme® Malaysia secara rasmi telah membawa masuk koleksi edisi terhad Harry Potter™: Houses of Hogwarts™ Doughnuts.


Melalui pengumuman di laman Instagram rasmi, donut khas ini kini boleh didapati di semua cawangan Krispy Kreme Malaysia. Jadi, anda tak perlu ke London atau Orlando untuk merasa magis Hogwarts, cukup singgah ke kedai Krispy Kreme terdekat!



ree

Gryffindor™ Doughnut

  • Donut shell berisi Cookie Butter Kreme™, disalut icing merah dan kuning dengan taburan crumble. Sesuai untuk mereka yang berani & penuh semangat.


ree

Slytherin™ Doughnut

  • Original Glazed® dengan swirl Chocolate Buttercream berwarna hijau serta taburan coklat. Padu untuk si bijak & strategik.


ree

Hufflepuff™ Doughnut

  • Shell donut berisi Brown Butter Toffee Custard, disalut icing kuning keemasan dengan drizzle hitam. Manis, setia & comforting.


ree

Ravenclaw™ Doughnut

  • Original Glazed® dengan inti Blueberry, taburan sprinkles biru, serta crest Ravenclaw™. Elegan untuk si kreatif & bijaksana.


Walaupun Krispy Kreme Malaysia tidak menyatakan tarikh akhir promosi ini, berdasarkan pengalaman koleksi khas sebelum ini, ia biasanya tersedia selagi stok masih ada. Jadi, kalau anda nak cuba semua varian donut ni, kena cepat sebelum ia hilang dari rak!


ree

Dengan pelancaran ini, peminat Harry Potter™ di Malaysia kini boleh merasai pengalaman dunia magis dalam bentuk donut yang eksklusif. Sama ada anda penyokong Gryffindor, Slytherin, Hufflepuff atau Ravenclaw, setiap gigitan pasti membawa vibe Hogwarts terus ke lidah anda.


Jadi Potterheads Malaysia, korang nak try donut rumah mana dulu?

Commentaires


bottom of page